Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, February 25, 2014

Beg kertas



"Alahai Fatin, buku aku tinggal ar kat office client. Aisehh."

Aku pernah bekerja dengan Fakrul dalam satu jabatan. Sehabis tugas aku, aku keluar dulu dari jabatan tu dan balik ke pejabat asal tapi masih ada barang-barang tertinggal. Maka aku tinggalkan pesanan kepada Fakrul

"Tolong  bole?"
"Tolong apa?"
"Tolong simpankan selipar tandas aku, buku2 aku dengan botol air hitam besar atas meja aku "
Memang over aku mintak tolong.Kemon kata member. Kehkehkeh.

Baru ni fakrul balik ke pejabat asal. Kesempatan ada, aku tanyakan tentang barang-barang aku. Esoknya dia datang dengan sebuah beg kertas besar berisi barang-barang aku. Fatin dan Zu melihat dari ekor mata aku kira. Mereka tak pernah kenal Fakrul. Seusai Fakrul pergi aku letakkan beg di bawah meja sebelah kaki, lalu sambung melihat monitor.

Perlahan-lahan, Fatin dari tepi menyusupkan tangan ke bawah meja aku sambil menarik beg ke ribaan dia. Dan dikorek perlahan-lahan isi beg. Zu kemudian ikut sama, perlahan-lahan mereka korek isi beg.







Aku:"Korang cari apa"
Mereka:"Surat cinta"


Facepalm!




*Fakrul bukan nama sebenar

Monday, February 17, 2014

Meja berhantu



Di dalam kelas,

Suasana agak samar-samar. Kelas agak menyeramkan. Seram kerana ada sebuah meja berhantu. Sering kali gangguan terjadi. Sehinggalah satu ketika

Penunggu yang tinggal di meja seram itu, mula memunculkan diri menyerupai fizikal seorang pelajar lelaki. Tergagap-gagap semua bila melihat budak lelaki berpakaian seragam sekolah berwajah pucat berdiri di sebalik sebuah meja kosong.

Aku agak takut tapi masih cuba untuk berkomunikasi dalam keadaan gagap.

"Ko..ko..tak bo..bo..bleh.." Suara seakan-akan tersekat di kerongkong.

"Kenapa? aku ada hak?!" Tegah si budak lelaki berwajah pucat.

"Ta..ta..tak..tak bo..bleh..ini..bu..bu kann" Masih gagap dengan suara tersangkut-sangkut di kerongkong.

"Aku ada hak!" Degil si penunggu berwajah pucat.

Melihatkan kedegilan penunggu, sehabis daya  aku kumpulkan kudrat untuk membantah lalu

"NAMA KO TAKDE DALAM LISTTT!!" Teriak aku di luar tidur. Di kala jam 2 pagi begitu. Bertilam bujang di tengah ruang tamu yang kelam.









*List apa entah yang aku rapikkan, nasib terjaga. Buatnya hantu tu tunjuk list yang ada nama dia ate mane gaye aku nak menjawabnya.





Wednesday, February 12, 2014

Rare

Aku hanya tahu aku dah tua bila anak sedara aku tanya



"Achik. Achik. Achik. Lahir tahun dua ribu berapa?"

.

.

.

.

.

.

.


"Apa barang lahir tahun dua ribu, achik satu ribu"