Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, January 17, 2012

Langkawi Flee

Disember 2010

Masa hujung zaman sekolah, aku dapat kolej kediaman lain dari member2 aku, eh(?), tak2 diaorang yang dapat lain dari aku. Tapi aku selalu lepak bilik diaorang. Time tu musim final exam. Abis last paper aku, terus tuju pegi kolej diaorang, walau jauh, seluas laut merah kan ke rentasi jua.

Tengah lepak2 aku browse internet, member2 lain tengah tekun study. Huahua. Boleh? Aku surf internet masa member lain tengah tekun belajar. Sudahnya ada la dua tiga ketul terikut aku surf internet sampai la ada yang terserempak dengan iklan.

TIKET TAMBANG MURAHH~
WO WO JOM PEGI BERCUTII JOM!

Yang menghadap laptop aku punitha sha zeera.
ko nak gi tak?
nak nak
ko pulak?
aku kalau korang pegi aku orait je
ko?
aku ikut majority

Selambakan, tak tanya mak bapak lagi, dah decide sendiri. Kitaorang gamble. Kalau esok2 mak bapak bagi, pergi la, kalau tak, nasib la~

Empat-empat spontan tengok yani yang duduk tak bergerak dari tadi. Dia tengah khusyuk menghafal.
'Yani' takde respon
'Yani' 'hm'
'Yani nak pegi langkawi tak?' (tanya dengan sopan dan lembut supaya dia tak rasa tertekan akibat konsentrasi terganggu lalu akan menyebabkan pengeluaran jawapan yang negative. Teknik bertanya kena betul, hehehe)

5 Tiket, confirmed!

July 2011

'Weh ko ingat tak kita ada tiket nak pegi langkawi?'
'Ya ampun tak ingat langsungg!'

Kalut semua conference kat YM, peh divide task semua. Tetiba aku yang unorganized person rasa ter organized pulak haha, tang macam ni pandai plak buat meeting, divide task bagai. Dulu buat assignment takde maknanya organize bagai.

'insyaAllah'
DAY 1:
upon arriving:
  • check-in
  • lunch
  • beras terbakar
  • mahsuri
  • mandi manda di pantai cenang

DAY 2:
morning:
  • Durian Perangin Waterfall
  • Galeria Perdana (mungkin setakat tengok bangunan je, ok tak? hehe)
  • Shopping kat pekan Kuah?
noon:
  • Island Hopping (Pulau Dayang Bunting.Pulau Beras Basah.Eagle feeding.Fish farm)
nite:
  • Eagle square
  • nite market Kuah (kalau ada*)
  • off to chalet

DAY 3"
morning:
  • Harbour Park (30 min sight seeing)
  • Oriental Village
  • Telaga Tujuh
noon:
  • Pantai pasir tengkorak (mitos jentayu & garuda)
  • Handicraft Cultural Complex
  • Pantai pasir Hitam (pasir dia oxidized turn to black)
  • Air Hangat Village (tak sure kalau korang takat nak tengok luar je, sebab ada foot massage dalam ni)
nite:
  • dinner at pantai cenang
  • shopping along the street near pantai cenang

DAY 4:
morning:
  • mandi manda di pantai cenang
  • pack bag
  • underwater world (KIV)
noon:
  • check out
  • Cable Car
nite:
  • 7.30 pm at the airport
  • Fly back

Janganlah tanya kenapa rotation tempat2 tu begitu, some mystery should be left alone.



DAY 1

Subuh-subuh dah bangun, tak subuh pun lagi. Keluar pagi2 buta cari teksi nak pegi kl sentral lalu ke lcct. Aku tak ingat, dalam 4.30 pagi kot. Jenuh jugak pikir, apa bertuah ke kitaorang dapat teksi pagi buta ni? Tengah doa habis-habisan sambil masing-masing bawak beg dengan bernafas udara ya hamat dingin, ting! Ada teksi baru hantar pelanggan ke rumah berdekatan kawasan kitaorang. Magic betul, suratan atau kebetulan? ah kuasa Allah apa pun bole jadi. Yani pun tak jadi pegi, kitaorang pegi berempat.

Target sampai kl sentral, nak subuh situ. Fiuh kitaorang sampai waktu subuh baru masuk. Cantek! Harapnya cantik sampai ke sudah la kan. Setel solat, ingat nak duduk dulu, tunggu bas lcct yang jam 7, penat plak tadi terkocoh, ingat nak duduk sat kata depa, jom check kot ada bas awal ke? Langkah kanan la kitaorang, memang ada bas yang belum jalan lagi. 

Aku tak tau peta kl sentral ke lcct macam mana rupanya, tapi aku tau jarak dia ambil masa berapa lama. Jadi dalam bas, aku usaha lelap lalu memang lentok2 la. Dah elok aku sedap tidor, tetiba bahu aku digoncang-goncang dengan ada suara cemas yang berbisik-bisik

'yana! yana! bangun! dah sampai!' zeera cemas kejut aku.
'hah???' dalam mata kabur2 terkebil2, dahi kerut confuse, aku tengok jam kat bas baru setengah jam berlalu, aku tengok ke luar tingkap, dengan dahi tak abis kerut mata ngantuk aku tengok balik zeera. Baru nak bukak mulut, tak sempat aku cakap apa-apa

'eh silap silap silap silap, tak sampai lagi hehe. sorry silap silap. sorry' agaknya kebengangan di wajah aku obvious sangat haha. Beria-ria dia goncang aku kot. :)). Kata orang kalau nak tau orang tu cantik ke tak, tengok waktu dia bangun tido, kantoi sudah aku takde can nak jadik cantik dengan dahi kerut bagai.

Sampai-sampai pegi cari breakfast. Tertiba awal dari yang dijangka orait ar tu, boleh relak2 sekejap. Dah penat terkocoh, berlari.


Boarding.

'Weh masuk ikut mana?' kehkehkehkeh, memasing pening, patut masuk mana, ikut lorong mana. Muka masing2 blank usah kata, tapi takde inisiatif pegi kaunter? Dah pegi kaunter tanya, dia tunjuk acuh tak acuh je arah kene masuk. 

'Yana dulu ko macam mana?' sha tanya aku
'entah, aku tak ingat pulak' punitha tepuk dahi dengar. Aku tak pay attention zaman aku ikut family berjalan2.

Lama kitaorang berdiri kat satu lorong masuk ni. Aku berdiri betul2 depan papan bergambar *hand luggage 7 kg*. Dah benda depan mata, aku baca la. Rasa2 confirm tu jalan kebenaran, aku melangkah masuk. Agaknya aku berdiri terlalu lama depan  papan bergambar yang mengingatkan penumpang hand luggage tak boleh lebih 7kg dengan mata tak lepas2 tenung, abang tu test angkat beg aku. Diaorang berjalan belakang aku, tak de sorang pun kawan aku kene test bag dengan abang tu. Coi. Sape la yang pergi berjalan, awal2 lagi beg dah berat?


Dalam flight rasa sempit, takde keinginan nak tido dengan brother arab sebelah yang macam dah makan space tempat rehat lengan kiri aku. Aku sorang terpinggir. Diaorang bertiga satu row, sebelah aku. Teringin nak sembang dengan tourist sebelah, tapi congak2 balik, lama lagi nak sampai langkawi nih, takpe ah cancel niat. Aku nak sembang sekejap je, tak nak sembang sampai tiba langkawi. Hoho. Baik aku sembang ngan sha kat sebelah kanan aku yang aku dah kenal ni. Ohohoho.

Fuh selamat tiba, gelabah gak naik flight kalau teringat 'Air Crash Investigation'.

Sepengetahuan aku, pramugari pramugara Udara Asia ni tak berapa pramugari/gara sangat sifatnya(tak macam MAS ar). Tolak troli makanan macam tolak kereta sorong, bila tayar tersekat, ditendang dengan kaki. Aku pun takde la feminin mana tapi untuk pramugari tak feminin adalah so not pramugari. Agak tak mesra alam pun. Tapi persepsi aku berubah untuk kali ni. 

Kitaorang adalah kumpulan manusia terakhir yang keluar. Sebelum keluar, ada sorang pramugari di aisle berdekatan kitaorang, senyum sambil tengok kitaorang turun kan beg. Dah semua dapat beg memasing, kitaorang bergerak ikut pintu belakang. Elok aku nak sampai kat pintu belakang
HUAAAA!

Erk?! Aku terlompat sikit ke belakang, dengan kening terangkat. Lidah tersekat. Terkejut tidak, tapi tak terduga. Yang lain-lain kat belakang pun terberhenti menapak mujur tak jatuh cam domino. Kitaorang disergah oleh pramugara di pintu keluar. Tak pernah aku terpikir kemungkinan disergah pramugara. Hahaha. Aku tak pasti kenapa aku tak terkejut sangat, apa aku dah tak mudah terkejut atau sebab dia makhluk tuhan yang cantik maka aku tak menjerit terkejut. Mujur aku tak terkejut, selalu nya jerit aku berserta penampar atau penumbuk. Haha. Confuse betul kena sergah, tersengih-sengih masing-masing keluar dari plane. Not a word.

Jauh sikit dari pintu keluar, masing2 tanya masing2 

'Apa jadi tadi ?'
Mesra benar pulak pramugari-gara dia.




7 comments:

Erlisa said...

waaaaaa..... rindu lah trip kita ari tuuu! :(

Petiais said...

i do i do (goyang2 kepala teringat masa kita nyanyi ramai2 dalam kereta tu)

*haha

angah said...

ewww tak aci..agh dah keje baru lps nak gi trip fly ngan kawan..tu pon ko n kakde ngendeng sama baru mak ayah pecaya

Petiais said...

kok jangan dibandingin dengan yang ini deh, langkawi aja kek, barangkali aja mahsuri udah muak liat muka aku kek,
masakan sih 'papa' membenarkan kamu terbang ke indonesia bersendiriann,itukan keluar negeri, apa kamu ngak nonton berita kek, ada yang dijual sama temannya sendiri dong

*yok nanti kita ke jakarta pulak kek << ada hati nak ngempeng lagi kehkehkeh

Erlisa said...

eh nak join jugak! :D

boleh kek? haha

angah said...

jakarta? indon lagi?
Busan bangattt..macet lagik.

Asean lain, sila suggest(budget ada 10 juta dlm bank..wahahha)

... said...

baru bangun tidur masa tu teros nampak tanah lapang (pikir dah sampai airport)..maaf ya buk