Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Friday, April 15, 2011

rezeki

Kebiasaan aku, satu makanan akan disimpan, tak kira biskut ke cekelat ke dalam beg selempang yang dibawa ke mana. Sekadar pelapik perut andai kata lapar waktu keluar ke mana-mana. Aku simpan la zip dalam beg, zip tu wafer coklat bukan zip lain.

Dah hampir 3 minggu dalam beg selempang.
Setiap kali kat luar, seluk2 beg nak cari zip tak jumpa. Tengah duduk rehat2 seluk2 tak jumpa. Memori aku pun kurang bagus, jadi aku kira bila tak jumpa tu 'mungkin aku dah makan kot'. Baper kali seluk tak jumpa.


Aku pegi bank teman mak aku.

Nombor giliran mak aih, punya la banyak nombornya. Nak tunggu agak berjanggut jugak la. Dalam2 terkuap-kuap tunggu, cucu lelaki makcik belakang, duduk sebelah aku sambil2 tengok. Aku tak pandai cak kun cak dengan budak kecik, jadi aku tengok je tanpa reaksi. Agak kerek aku rasa. Aku tak kisah pun kalau dia rasa tak suka dengan aku, sebabkan muka yang garang ni. Aku masih ada oya. Hahaha. Berkeletuk kelentang la dia sebelah aku, agak bising. Tapi bukan sufiya kan, kalau sufiya dah jentik dah.

"Cer kamu tengok kat tingkat atas, ramai orang tak?"
mak aku suh tengok tingkat atas kot ramai ke tidak orang yang beli saham. Bangun la aku pegi tengok. Elok je aku sampai semula kat tempat duduk aku.

"kakak?kakak?kakak?"
suara budak macam mencari-cari. Aku toleh arah suara tu. Aku tengok budak tu, dia tengok aku. Lepas tu dia tersipu sipan malu dengan aku. Aku cam blank dengan apa jadi. Mak aku pun sahut

"ni ha kakakk. dah sampai dah."
haha dia cari aku! Ingatkan dia tak perasan aku wujud, sebab aku senyap sangat malah tak tengok pun dia. Perasan rupanya bila aku hilang kejap. Terharu rasa.

Aku duduk line belakang pulak, dia main2 kat line belakang pulak. Agak bijak budaknya, tafsiran aku la. Tengah2 dia main, aku tengok dia kutip casing biskut bawah kerusi yang mana aku tau sapa yang makannya. Apa la salahnya kan simpan dalam poket sebelum jumpa tong sampah kan. Takpe, mungkin dia simpan, tapi terkeluar balik masa dia keluarkan tangan dari poket. Hoho.

"eh eh iyekk jangan kutip, yek yek kotor"
dia pun letak balik bila aku cakap macam tu. Aku pun seluk beg, terpegang zip. Ada la pulakkan, selama aku cari tak jumpa. Tengokkan budak tadi yg macam lapar, ye lah nombor giliran nenek dia lagi banyak dari nombor mak aku mau tak lapar, 3 jam menunggu.

"nah"
dia ambik sambil senyum2. Jelas lekuk mulut bawah hidung dia, 'dah besar mesti kacak' sempat lagikan forecast dalam hati. Dia kirai2 nya biskut tu depan nenek dia, seronok bila dapat.

Takut jugak dalam hati, buatnya nenek dia tak suka kan. Kan ada je mak2 yang tak suka anak dia makan benda2 yang boleh buatkan baju anaknya kotor. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak zip.. susah nak kata lah.

Seronok dia duduk diam satu spot sambil makan, boleh pulak rupanya duduk diam. Kejap2 dia pegi kat atuk dia kat pintu masuk bank. Agak2 dah abis, dia lari2 arah nenek dia semula sambil melaung-laung

"AKAK NAK LAGII NAK LAGIII" pergh kan dah bagi betis nak peha. Haha.


Punya lama aku dok usung zip tu, rupanya zip tu dia punya. Rezeki rezeki.

5 comments:

angah said...

sudah berwajah baru. sudah teranjak paradigm nye..hehehehe

Petiais said...

teranjak kat sini je la

mynameiserlisa said...

akak, mahu zip jugak!
ngeeee ^_^

Fatimah bintun Qamar said...

wani kita suke zip gak, kdg2 time free2 gi kiosk hospital beli zip.ngegege...btq best cte di ats ini..:)

Petiais said...

siti,
:) sedap2. rasa bersalah la jugak, tak pasal2 atuk dia kene buat janji nak belikan lagi utk dia haih la. :))