Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, October 27, 2008

jalan2

pegi jalan2 ngan kawan2.utk sem baru ni.tak pernah lagi keluar mane2.

oh bukan lah bermaksud wajib utk kami keluar walau sekali.saje je la.da la jarang bertembung.so kami decide untuk keluar berjalan2~ ke midvalley megamall.wahh.aku dah promote di luar sedar.

naik lift.turun lift.aku pun tak tau ape terjadi.lebih rela diam dan ikut dari jadi kepala me navigate jalan yg salah lalu diserang bertubi tanpa perlindungan.

disebabkan aku decide utk mengikut sahaja.maka aku berada di belakang skali.naik lift.member kempunan makanan jepun.pergi foodcourt.dia ckp dia nak belanja sushi.tapi aisehh..

'aku tak mampu nak makan sushi'

bukan mengada.mmg aku pernah telan.sampai merah2 mata aku luah kan balik semuanya.uweekk.hanyir.aku rasa bau daun tuh.rumpai laut ke?aku teringin nak makan sbb 'diaorg' semua cantik2!

setelah selesai membeli.kami turun semula untuk makan di kfc.sampai sahaja di floor yg sepatutnye..

TING!

semua org dari dlm lift keluar.kawan2 aku juga.aku belakang skali.maka aku lah org paling last keluar.aku tgk org kat luar lift semua peluk tubuh tunggu time nak masuk lift.elok je aku nak step out..

GEDUG.GEDUG.(pintu lift nak tutup semula)
ZUPP!! (serentak aku depakan tangan menahan kedua2 belah pintu lift.)
GEDUG.(mcm kurang berkesan.pintu masih nak tertutup.)
ZUPPP!(tapak kaki kanan aku dah melekap kat pintu belah kanan lift.menahan lebih kuat.supaya pintu tak tertutup)

di luar.

kawanku yg menjadi saksi> 'awak da mcm spiderwoman'

aku>hehe..sambil menekup2 muka.setelah membuat aksi bodoh di depan ramai org yg takde seorang pun terfikir nak tekan button lift (^) malah memeluk tubuh lagi.

4 comments:

Ami said...

Haha..jarang² Spiderwomen tunjuk muka, aku pun peluk tubuh sambil tgk aksi Spiderwomen. Kat Bangsar plak tu dia muncul.

Anonymous said...

ami,
tak lama lepas tuh,member beli barang kat guardian.ade free stamp. kalau collect& redeem dpt hadiah(patung bear).tapi ade barang aku jugak dia bayarkan. aku ckp kat dia..

aku:adi nanti kau tebus. aku nak kaki.(sbb aku ade bhg kan.saje mintak kaki)

adi:(mcm tak dgr)
aku:nak kaki tau adi.
adi:(tak dgr lagi)
aku:aku nak kaki tau!

cashier tuh kerut dahi tgk aku.lalu tersengih.

aku?jalan keluar la.da malu.

tegezoot said...

semua org tu nak menonton aksi seterusnya lagi la tu! sebab tu yg masih dok peluk tubuh.

Anonymous said...

tegezoot,
siaran berbayar.tuh yg tak terus kan aksi tuh.