Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Tuesday, April 09, 2013

Cerita Haji: Bila?


Borak-borak makan tengah hari.

Sepatutnya makan bertiga, tapi yang ketiga lambat turun. Berborak lah dulu aku dengan abang b0-tak. Aku panggil dia abang b0-tak, sebab itu yang terlintas bila pertama kali berjumpa. Langsung lekat, tapi tuan badan tak tahu. Hohohoho.

Kami borak pasal hukum. Kalau tengok penampilan aku, serupa budak tak semengah.  Entah apa yang menghairankan dia

" Wah, tahu banyak juga ya. Bila ?"

Kami ini sudah serupa abang dan adik.  Dia sudah kahwin. Sayang. Erk?! Pui pui pui. Maksud aku, sayang, kalau solo boleh buat abang ipar. Hahaha.

" Apa yang bila?"

Diingatkan, kami baru sahaja berborak isu serius, maka haruslah muka aku sangat serius ketika ini. Tapi kurang tangkap apa yang bila.

" Bila lagi?"

Aku tenung dia dengan muka penuh persoalan. Dia sengih.
Ah.
Aku mula dapat tangkap.
Tiba-tiba.

Aku rasa segan. Motif? Huahuahua. Tak-tak, jangan fikir bukan-bukan. Aku segan sebab siapa lah aku, rupa tak berapa sangat. Ilmu dapur ilmu itu ilmu ini wallahualam. Nak cakap lebih-lebih pasal cari jodoh tak mampu aku eh. Bapak aku pun tak pernah tanya lagi, bila nak kahwin.

Terus aku alih pandangan ke tempat lain. Mungkin dia perasan aku sudah segan dengan soalan tu, dia alih perhatian aku.

"Pernah pergi kursus kahwin ke?"

Aku pun ambik peluang alih fokus, pong pang pong pang aku cerita aku pergi kursus kahwin dengan tak bersalahnya. Alasan aku ke kursus kahwin, walaupun takde misi nak kahwin, kononnya sebab dengar akan datang, kursus kahwin akan dilanjutkan 3 hari. Dah pongpang baru aku terfikir.


'Aiseh, kursus kahwin banyak cerita yang bukan-bukan. Alamak alamak malu, malu, malu'


Lalu aku cover semula.......
(bersambung)

*          *          *

~Flash Back 1432 Hijrah

Mina.

Keberadaan kami di situ, menjalani ibadah haji tanpa ada emak ayah mengiringi, sedikit sebanyak mengundang perhatian orang. Bila mahu melontar ada lah yang ikut bersama. Seorang dua makcik yang datang tanpa suami, perlukan penguat keyakinan untuk diaorang nak beribadat. Okay kan aja. Kalau siapa pernah baca cerita aku pergi umrah dulu mesti ingat. Kehkehkeh. Makcik-makcik ni kami layan macam layan budak kecik. Esok-esok kita pun gitu juge ye, hati polos je bila makin tua. Harapnya polos lah mintak jauh dari keras kering sudah.

Kami melontar pagi-pagi sebelum masuk subuh. Ada satu pagi (kurang dari 4 pagi waktu sana) aku verimpian nak ke tandas. Berbaris punya baris, tiba-tiba adik aku ke akak aku panggil, ajak pegi melontar. Huhuhu gundah gulana la hati, lagi dalam 3+ orang je lagi, nescaya aku mungkin di dalam tandas. Tapi aku kene pergi jugak, sebab sebelum orang ramai menderu-deru kat tempat melontar. Waktu yang dikatakan waktu afdhal memang padat abis! Jalan seinci-seinci aku rasa.

Hati punya berat nak tinggalkan barisan. LOL. Hoho. Dengan hati berat merentas barisan2 yang wujud depan 10 pintu toilet untuk ke khemah aku, aku doa la jugak ' Huhu moga tak sia-sia la giliran barisan aku tadi'. Dalam beberapa barisan yang memang sesak aku rentas, aku terserempak ngan makcik pakai kerusi roda. Anak perempuan dia tolak. Tapi dia muka cam susah hati. Rupanya dia tengah berbaris. ' Mak cik nak ke tandas?' Dah tu dia macam serba salah, agaknya dia rasa bersalah sebab susahkan anak dia kene tolak dia, berbaris lagi pulak. Agaknya orang depan pulak tak nampak kot kewujudan kerusi roda di belakang diaorang. Anaknya pulak jenis pendiam barangkali.

Aku pun hohoho, rasa cam santa claus pun ada. " Makcikk maih ambik barisan saya, tadi saya beraturr tapi kene pegi lontar ni (ni memang bunyi kecewa abis tak dapat masuk tandas hahaha) Meh meh meh meh." Aku tarik kerusi dia, sambil mintak laluan. Aku penah katakan dulu, aku adik beradik kalau bercakap memang hmm, hilang sopan santun bagai. Dah aku heret kerusi dia sampai ke barisan aku, tinggal lagi 2 orang kot, dengan sungguh-sungguh aku pesan " Makcikk turn makcikk lepas orang ni tauu, lepas orang ni tauu" kuang2 sebab orang yang turn dia belakang aku tadi, tak mo berganjak ke belakang. So aku pesan banyak kali sampai orang yang depan pintu toilet pun dengau. Huahuahua. Ada sifat tak baik tersirat ni, mohon jangan ditiru. Hehehe. Astaghfirullah. Dengan baik hatinya makcik/akak tu dia pelawa makcik kerusi roda masuk dulu. Rezeki dia.

Tips: Kalau di tandas, yang kurang upaya dan orang tua(benar2 tua) didahulukan. Diaorang tak perlu berbaris. Tapi adab ar mintak izin pada yang berbaris. Makcik/Nenek kalau orang tu tak kasi, makcik cangkung je depan pintu toilet, ada longkang kat situ. Eh tak gurau2. Ko jangan tak caya, ada nenek ni dia buat ko tau. Sejak kes nenek tu buang air depan pintu toilet, gara2 takda sapa peduli dia, kalau orang nampak orang tua, terus orang tolak ke depan " bagi dia dulu bagi dia dulu,karang ada yang melepas kat luar tandas"
Dalam 4 pagi kitaorang berjalan ke tempat jamrah. Suasana agak lengang. Elok lah waktu begini, udara pun segar-segar je. Sebelum bertolak, masing-masing bersedia dengan wudhuk. Di tengah-tengah perjalanan, azan subuh masuk, kami akan bentang tikar tempat yang sesuai dan solat subuh. Tapi kalau terbatal, ada tandas di pertengahan jalan sebelum tiba ke tempat jamrah. Lekas-lekas sikit, sebab kalau korang lengah-lengah, orang makin ramai, nanti 'jaga' akan halau sapa yang ada potensi halang laluan, depa takut korang la terkena sepak pijak ke.

Tips: Kalau ada orang bukak jemaah, join lah. Kalau tak join jemaah ke hapa, semayang sendiri tapi pastikan solat dekat-dekat dengan kumpulan tu. Lebih selamat bila berkumpul dengan orang yang solat, bila kumpulan solat besar, orang nampak, dan potensi kene halau sebab takut disepak or dipijak itu rendah. Kadang-kadang kitaorang join kumpulan Indonesia solat.

Tips:Bawak tikar ,spray wudhuk. Aku tak tau la keyakinan korang dengan spray wudhuk macam mana. Ikut hati korang lah. Ada pakcik-pakcik tegah aku pakai spray wudhuk. Mungkin takut tak kene seluruh. Tapi nya aku, kalau pakai spray wudhuk memang lenjun muka tangan kaki, korang teliti lah cara nak pakai macam mana. Tabung haji ada video. Air aku tadah pun, aku make sure air yang memang dari paip yang takde tercemar dengan sentuhan dari tangan. Pst, aku dan adik beradik, berwudhuk dalam telekung yang macam kelambu. Itu lah bilik wudhuk kami kalau dalam masjid. Tapi kalau batal wudhuk yang timbulkan was-was abis, korang pergilah tandas.

Bila dah solat subuh, sambung berjalan dan melontar. Lega lah hati. Melangkah pulang ke maktab dengan pemandangan langit mula cerah dengan udara nyaman sejuk. Wah perasaan aman best. Sambil jalan sambil pikir juga, mau sarap apa pagi ini. Hehehehe. Roti canai ada ko tau. Barisan memang pergh. Barisan lelaki ar mantap. Memang panjang. Gamaknya kalah barisan burger bakar yang orang kata famous tuh. Huhuhu. Alternatif lain, guna jemaah perempuan untuk berbaris, barisan perempuan lebih menenangkan hati. LOL. Itu je satu-satunya kedai yang jual roti canai. Lebih kepada roti telur sebenarnya.

Masa awal-awal makan dengan makcik-makcik di khemah. Ecece ada yang berkenan dengan along, padahal mak beranak dua. Pft. Adik aku, ada makcik yang bertanya kerja di mana belajar dulu di mana itu ini di mana blablabla lain macam galinya. Makcik-makcik fikir aku adik yang bongsu.

Ah mana lebih riak, kelihatan seperti anak dara, kelihatan keibuan atau kelihatan seperti adik bongsu muda remaja ehem ehem. LOL.


*          *          *

'Aiseh, kursus kahwin banyak cerita yang bukan-bukan. Alamak alamak malu, malu, malu'


Lalu aku cover semula.......

..........." tapi saya banyak tidor je"

*Kalau ada kudrat, lain kali kalau dia tanya, patut aku jawabkan saja
" Tolong carikan satu. Jadi adik ipar pun boleh" Hewhewhew =B