'Hello pakcik'
'Hah??'
'Eh saya dah confirmkan dah dengan pakcik semalam'
'Haah, dah sampai dah. Ada kat sini. Ok'
Pak Berahim baru on the phone dengan zeera, beliau adalah penyewa kereta selama 4 hari 3 malam kepada 5 remaja(eh remaja lagi ke? Saya rasa saya remaja lagi,er saya dalam fasa krisis identiti, anda fahami lah masalah saya). Pak Berahim tak tau kitaorang sampai hari tu, dia ingat minggu depannya. Masa zeera kata Pak Berahim tak tau kitaorang datang hari tu, mata semua tengok zeera dengan makna lebih kurang macam ni 'MACAM MANA BOLEH PAK BERAHIM TAK TAU KITA NAK SAMPAI?!'
Zeera pulak macam paham otak kawan-kawan dia dah tak menyempat-nyempat nak buat serkap jarang, cepat-cepat dia bela diri.
"Semalam saya dah call tau! Saya cakap kita sampai bila, lepas tu saya bagi tau dia lagi bila kita tolak bila kita sampai."
Kami ada bahagi tugas sebelum ni.
'PREPARATION FOR TRIP'
TASK LIST
- Flight/ Bus - Punitha / DONE
- Car/Boat (same owner) - Zeera/ DONE
- Motel - Liyana / DONE
*any other things need to be considered ,do inform
Setengah jam je kitaorang kena tunggu, ok la tu kan. Sementara tunggu, study map, walaupun sebelum tu dah study, kita study lagi di tengah-tengah laman airport Langkawi tu, baru la macam pelancong! Cool habis~
"Sapa nak drive?" tanya Zeera
"Bagi aku bawak bole?"
"Bole je" Sha, Zeera bole aje, percaya betul depa dengan aku, kalau adik bradik aku, bermimpik la depa nak bagi can aku jadi pilot.
*start enjin kereta*
*vrooOM!* "ops sorry, salah pedal" huahuahuahua
*reverse mode*
*BREAK!*
*reverse *
*BREAK!*
*reverse*
*BREAK!*
"Allahh.Apasal tak ada orang tegur, kenapa aku pakai dua kaki untuk kereta auto?! Cis memalukan!"
Tersengguk-sengguk kereta, aku buat, kehkehkeh. Last aku bawak kereta auto entah bila. Sha plak sebelah aku diam je tak perasan aku dok main pedal macam bawak kereta manual, dengan muka kecut dia menengokkan skill aku yang macam tersemput-semput. Bwahaha, sorry korang aku memalukan korang sekali.
Tak cukup dengan keterlupaan Pak Berahim, dengan skill drive ke-Mr. Bean-nan aku tersemput-semput kejap, ticket parking kereta sewa tu pulak problem.
Terasa macam dalam movie thailand(genre:comedy).
Sekumpulan remaja buat trip ke pulau. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan pelbagai halangan tanpa mereka sangka!
Kata si penjaga ticket di pondoknya, ticket kitaorang tak valid. Pulak dah? Kata si penjaga ticket, kitaorang kena bayar untuk ticket baru. Kitaorang tak terfikir untuk bayar ticket baru, gigih pegi call Pak Berahim nak tanya 'kenapa ticket tak valid' haha. Uih mesti tanyaa, student trip kan? Setiap sen kira hokey! Kalau dah nama bukan rezeki, bukan rezeki jugak, kitaorang kena bayar jugak. Terpaksa masuk dalam budget list.
Terasa macam dalam movie thailand(genre:comedy).
Sekumpulan remaja buat trip ke pulau. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan pelbagai halangan tanpa mereka sangka!
Kata si penjaga ticket di pondoknya, ticket kitaorang tak valid. Pulak dah? Kata si penjaga ticket, kitaorang kena bayar untuk ticket baru. Kitaorang tak terfikir untuk bayar ticket baru, gigih pegi call Pak Berahim nak tanya 'kenapa ticket tak valid' haha. Uih mesti tanyaa, student trip kan? Setiap sen kira hokey! Kalau dah nama bukan rezeki, bukan rezeki jugak, kitaorang kena bayar jugak. Terpaksa masuk dalam budget list.
Tengah hari kitaorang sampai di motel, check-in terus. Siap-siap, zassss ke makam mahsuri. Cari makan isi perut untuk lunch, padahal dah pukul 2 30 kot. Alah orang sekarang, malam2 pun cari makan breakfast(nasi lemak).
Dekat luar berhadapan mahsuri ada kedai makan. Harga standard, rasa? Sodapp. Kami tak pasti kami lapar sangat, atau memang masakan dia yang sedap. Kedai luar lebih bersih berbanding kedai kat dalam kawasan makan mahsuri. Tak tau la pulak kalau dah bersih la ni. Oh kitaorang makan kat luar, sebab yang kedai dalam pagar tutup.
Anggaran aku untuk tiket masuk makam mahsuri salah. TETT!!. Tolak markah organizer. Mana la aku tau rege nak naik, ces ces ces. 5 ringgit sorang. Walaupun memang kitaorang ada spare budget, tapi terkilan ar harga tiket naik hoho.
Seluruh pelosok, ceruk dijelajah. Kemasukan berbayar kan.
Lepas tu berkejar ke beras terbakar(ini tersilap teknik, nak kejar waktu operate makam mahsuri, terlepas waktu operate pasar di beras terbakar. Nak kejar objektif untuk day 1 punya pasal peduli hape kan.) Reminder, pasar dekat beras terbakar tu dia bukak waktu office, pukul 6 petang tutup.
Sebelum tiba beras terbakar, singgah sekejap di look out point. Seluas mata memandang gitu.
'Demi beras semangkok ?'
Kihkihkih, awal2 aku remindkan punitha beras nya takde la banyak mana. Takut dia ingat dia akan nampak bekas tempat beras dibakar zaman perang dahulu kala.
Jadi la, sempat tengok2 kedai2 yang tak bertutup. Teknik-teknik pancing peniaga macam biasa,
"Beli kak? Harga 38 ringgit, bole diskaun 30 ringgit kak".
Cakap je la harga dia memang 30 ringgit, kami tak tersinggung pun takde diskaun.
Pernah dengar?
'mahalnya baju awak ni! 300 ringgit?!'
'eh murah tau bang. Tadi ada sale 50%'
Perempuan memang lemah dengar diskaun.