Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Thursday, June 30, 2011

Laut Biru

Aku exam. Belaja benda lain, paper benda lain. Elok benar la tu. Yo o o je stress sampai tido pun ngigau-ngigau entah apa-apa. Takde la berdebau mana, tapi suspen jugak paper apa la yang aku kene jawab. Datang exam? Tapi tak tau sit untuk paper apa? mantap mantap mantap. Baik punyerr~

Bawak pensel 2B dan pemadam
"Jangan buka dulu kertas soalan belum boleh mula lagi jangan selak kertas soalan dulu, anda boleh tulis nama anda dan nombor kad pengenalan dahulu. Sekarang cuba semak kertas soalan cuba tengok muka surat pertama ada soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan pot pet pot pet pot pet pot pet"

Agak rileks aku menulis nama aku yang macam berjela,tapi abih terpeleot-peleot no ic aku dek rentak arahan yang tetibe menZAS!

Sehelai-sehelai aku selak, muka maintain lagi. Aku selak lagi sampai muka surat terakhir 'hmm haaaa hooooH', aku termengeluh tanpa aku sedar. Brother meja sebelah tengok, 'ah awal-awal da terkantoi muka surrender dengan brother ni'.

Angin Sepoi
Habis exam, adik aku ajak ayah aku pegi jalan-jalan. Tengok laut. Untuk orang darat tengok kehidupan orang laut sekali sekala adalah mendamaikan. Kalau orang laut tengok laut agaknya dah nak termuntah-muntah tak heran. Kitaorang naik feri. Takut kalau naik jambatan tak berapa nampak laut jadi kitaorang naik feri. Keta kitaorang dapat park bahagian tepi feri. Baik punyerr~
Sebelum feri bergerak aku dah keluar kereta dah stand by tepi feri nak jenguk laut. Ni ala-ala layan blues selepas periksa (Layan blues adalah menjiwang bukan benda lain ye kalian ). Adik aku berdiri sebelah kanan aku. Ayah aku tak keluar, duduk memacho dalam kereta. Kitaorang je kat bahagian tu. Kitaorang layan laut sambil-sambil sembang. Sembang perlahan je, angin kuat menyenangkan transmission suara ke telinga orang sebelah. Angin kencang bagai nak rak, baju kurung satin mengibas beria-ria. Tudung bawal usah kata, dah karipap abis dah.

Ombak kuat, tengok dari atas feri seronok la. Kalau dalam tu? Hohoho, ngeri ngeri. Aku tak pandai berenang jadi aku rasa ngeri ar. Tetiba ternampak helang, terus terpikir 'syoknya jadi helang, tak payah exam'. Hehe. Aku borak ngan adik aku.

Kadang-kadang senyum, kadang-kadang sengih sampai nampak besi, kadang-kadang mulut terbukak besar sikit dengan gelak di hujung tekak dibuat-buat, kadang-kadang dua-dua termenung ke laut. Rancak aku bersembang dengan adik aku, cerita itu cerita ini. Dalam borak-borak tu aku kenakan dia, huahuahua. Rasa cam syok ngenakan orang aku pun gelak buat-buat dengan mulut bukak besar sambil kepala berpusing ke kiri. Huahuahua. Erk?! Mulut terus terkatup sambil toleh kanan semula.

Ada lelaki berdiri sebelah aku.
Entah bila dia kat situ. Hm.
Eh?!Sejak bila??!

Terus takde topik nak borak.
Dah nak tiba kat terminal feri kitaorang masuk kereta.

"Sejak bila ada orang sebelah kita??" ayah aku tengok aku dengan adik aku borak.
"Laa ko tak perasan ke, orang pun baru perasan"
"Tak perasan langsung, terkejut bila toleh sebelah tengok ada orang" agak tak puas hati asal aku tak sedar ada orang sebelah aku tadi
"Tengok jugak tadi, diri dekat pulak tu"
"Malu je,mesti dia dengar akak gelak besar tadi, (sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna) agaknya kita sembang tadi pun dia dengar eh?"
"Dengar la kot, ko nyanyi-nyanyi pelan tu pun dengar"
"Eh?Mana ada akak menyanyi!"
"Eh ye ke, abis tu sapa?"
"Dia la kot"

Batu Ferringhi
Ayah aku kat luar kereta lagi. Aku masuk kereta dulu, seat depan. Sambil-sambil tangan nak pasang tali keledar mulut aku humming musik dari cerita sumpah bunian.

"HAAAA MUSIK TU LA YANG FIRAH DENGAR TADII, KO LA YANG NYANYI TADI TU"
"eh? hehe"
"hek ele"
"takkan ar nak ngaku depan ayah, malu ar. Ape la, hehe"
Aku malu dengan ayah aku, nampak benar kuat berangan. Menyanyi sambil menghadap laut, abis layan blues sungguh.


Waktu nak balik pulak ada pakcik india tegur aku dalam feri waktu aku nak bergerak masuk ke kereta dari menempel di tepi feri dengan ramahnya. Ha ko, semput membaca takde noktah?hehe

"ANGIN MANYAK KENCANG MANYAK KENCANG"
"a ha ha'ah" tersengih-sengih aku iyakan
"HATI HATI NANTI TUDUNG TERBANG" dia pesan sambil senyum

Aku senyum semula sambil tengok dia berlalu. Pak cik india yang bukan islam suruh aku hati-hati dengan aurat aku. Anda?


Hati-hati dengan aurat anda hehe.