Tengah feeling-feeling ingat zaman haji 2011 walau skang dah 2014. Mentara ada umur berazam nak coretkan sampai abis. Tapi takde mood. Eh?! Ya Allah dah 2015! 2016? Fuh

Monday, June 29, 2009

Makkah not mecca

Haram Boundary



Mengerjakan umrah, tak susah. Senang sahaja(dengan izin Allah SWT).

Pasang niat kat luar mekah, balik masjidil haram tawaf Baitullah hil Haram 7 kali. Habis tawaf, buat la solat sunat tawaf. Nak tambah lagi sunat minum air zam-zam lepas tawaf. Air zam-zam tak payah risau, merata dia letak. FOC lagi. FOC? Ape tuh? Free of charge. On the way pegi tempat saie ada. Dah minum. Mari pergi buat saie antara bukit safa dan marwah 7 kali. Dah abis 7 kali. Tahalul. Pap! Pap! Pap! Gunting rambut.
Siap dahh satu umrah.

Mudah kan? Yang susahnya mental tu yang teruji betul. Tapi kalau kau ikhlas dalam segala apa kau buat, InsyaAllah mudah. Ya. Aku termengah2 buat umrah sebab ujian mental tuh yang letih sikit. Ujian mental untuk setiap orang lain-lain. Jadi kau tak payah la rasa takut pulak kau akan sakit mental kalau pergi umrah bila aku cerita macam mental aku ada masalah.

'Orang baca!opah chik baca dalam hati!'


Kami sekeluarga bergerak sekali. Di bir ali kami pasang niat umrah pertama. Elok dah buat solat tahayatul, sunat ihram, kami(angah aku n firah the belia harapan keluarga of course. Angah ini pujian angah.duit syilling i terima je) make sure kan yang warga emas(4 orang makcik+opah+mak aku boleh survive sendiri) keluarga kami sudah pasang niat.

'Dah pasang niat?! Dah pasang niat?!' Bertanya dalam memekik2 pada diaorg. Bukan kitaorg kurang ajar la weh, gegendang telinga mereka kurang function sikit. Lagi pulak diaorg rabun.
Ruang kami berdiri berjemaah tuh, dah takde orang. Macam biasalah save the best for the last. Kitaorg paling lambat! Aku sampai kat bas, ustad Wan dah kira kepala satu-satu yang masuk bas. Haha. Aduh. Malu betul tapi kira ok la aku dapat no 3. Hehe. Tak la paling last.
'Tinggal la kome kalo lambat' ugut ustad dalam gurau-gurau. Kau rasa dia gurau?

First umrah, kami 3 belia pimpin 3 warga emas masing2. Opah ditolak salah seorang pakcik aku(oh aku kurang sebut pasal ayah bos dan 2 pakcik sebab depa laki kan. depa hal depa la). Mak pulak dengan adik dia yang baru first time buat umrah.

Tough umrah pertama aku, fuh. Gerun weh. Sebab aku perlu bawak makcik aku (sebenarnya opah sedara aku) dalam beratus orang yang tawaf. (sengih) Agak tak khusyuk tawaf aku dengan ada orang yang berlumba-lumba plak tawaf sampai melanggar orang. Dia langgar bahu orang lain sampai lari dari arah kaabah tu satu hal la kan, yang bahu depa yang berlari ni senget benget nak mencelah. Itu apa kes aku pun tak tahu la. Kau jangan tak caya depa macam main kejar2 kat taman pulak. Ada pulak lagi, yang angkat phone lagi tak bole bla. Aku tak tau la nak gelak ke nak geleng insaf.

Ko bayangkan ko tengah tawaf kau boleh angkat call? Ok. Memang la kalau bercakap time tawaf tak batal, tapi rasional la sikit tengah ibadat kau boleh on the phone dengan orang. Haih macam-macam. Pernah terbaca? Tanda-tanda akhir zaman, 'Orang-orang datang ke mekah bukan lagi dengan atas niat ibadat tapi atas urusan business etc'.

Selesai tawaf segala buat saie pulak, payah rasanya satu umrah aku. Mungkin aku seorang observant maka aku particular dengan semua benda sampai aku mudah rasa berkira. Sebab tuh semua jadi payah kot(angkat kening). Bukan bukak pekung di dada tapi buat iktibar semua. Dalam aku berkira, aku simpan sendiri. Bila sampai time tahalul terus menyesal 'Kenapa la aku tak ikhlaskan hati dari mula2 tadi' hah sedih la kau sorang-sorang dalam diam. Overall physically ok, mentally K.O.

Aku slowtalk dengan angah. Nak redakan kekusutan. Ops! Ingatkan mental aku je, rupanya mental angah firah pun terduga. Lalu pesan angah 'Mungkin umrah dulu ada la cabaran kita adik beradik, ni the 2nd umrah takkan Allah nak turunkan benda yang sama kan? Ni la pulak dugaan kita kali ni, kena bawak orang tua.' Bukan mudah, ya la kau bukannya pimpin patung, kau pimpin manusia yang berakal. Tapi kalau rezeki kau mudah masa bawak orang tua, alhamdulillah la untuk ko.


Connection aku dengan hal dunia putus. Mintak maaflah banyak2 kalau ada kawan aku yang mengharapkan call aku dalam menyelesaikan sesuatu. Masa aku tak cukup, padat sangat. Usah kata kau pelik, aku lagi la. Jarak antara waktu solat pendek rasanya, sebelum azan kitaorg dah bertapa kat masjid. Dah selesai segala solat(s). Balik makan pulak. Cafenya mak aih! Luas benor(maksud aku kecik. Kat mekah kau perlu sentiasa positive. Tak sedap kau tetap sebut sedap, takde selera kau tetap kata ada). Jadi sendiri faham la kene sabar kat cafe pulak. Balik bilik, ada pulak kerja lain menanti. Kain kotor. Family aku ramai, jadi dah terbiasa agih2 tugas. Selalu aku dapat kerja paling bawah dalam hierarchy, ya la hierarchy adik beradik pun aku kat bawah.

mak/angah/aku-bilas kain
aku +angah/angah+ firah/aku+firah/angah+aku +firah - sidai, angkat
makciks-lipat kain


Jangan ko cop kami anak hampeh pulak kalau sebab kitaorg biarkan mak bilas kain. Sidai kain tuh mencabar betul! Habis dengan kitaorg2 sekali hangit. Tapi bestnya sidai kain kat sana. Kalau kau kene sidai 20 helai kain elok kau selesai sidai helaian ke-20. Helaian pertama kau tadi dah kering. Incident yang aku tak boleh lupa untuk sidaian pertama menggunakan sepit baju yang angah beli kat bawah hotel.

'Eh ngah nak angkat tak baju?'
'Lepas isyak nanti kita angkat la'

Rooftop

Elok lepas isyak kitaorg pegi makan dulu. Dah makan baru pegi angkat. Haih sampai2 kitaorg tercengang kejap. Tali yang kitaorg dok sidai baju dah kosong ada la tinggal sehelai kot. Bertebaran la semuanya atas lantai. Aku yang penuh curiga aku check sepit baju pada baju yang tersidai berdekatan, WELL dia je yang ada sidai baju kat situ. Tak syak lagi. Ya ampun boleh tak dia ambik sepit baju orang lain. Kalau sepit tu pada tali semata tak pe la jugak. Ini pada baju yang tersidai ok! aku check balik.

Jubah putih. Kain pelikat. T shirt pagoda. Haihh jejaka mana la pulak ni. Nampak baju dia je takde pulak baju perempuan. Ini yang datang mekah secara solo ar ni.

'Ngah, lelaki yang ambik nii' alah lelaki je pun selalunya buat kerja berani mati ni. Oh, tapi kami tak accuse sapa2. Ini sekadar hipotesis awal.

Waktu sidai baju lah time ko bersenyum berlambai tangan dengan orang yang ko tak kenal. Ada mak arab ni sidai baju dengan suami dia, comel je. Aku kalau da tengok orang dengan fantasi tak berkedip mata, bukannya kira orang tu sedar. Hadiah aku tenung mak arab tu. Dia lambai tangan. hehe segan sendiri, tapi balas lagi lambaian orang tu. Kami menyidai di rooftop. Selesai sidai, masuk je pintu ha kau gelap gelita. Ambik masa untuk mata nak betulkan penerimaan lighting. Rooftop tu kat level 8 , rumah kitaorg kat tingkat 7(makcik2 kitaorg bahasakan rumah, walaupun aku confuse lagi kenapa bilik dikatakan rumah?). Jadi kitaorg turun ikut tangga. Tergagau la kaki mencari anak tangga bila mata dah kelabu.



'Weh pakai lif la!' kata firah. Lif bersebelahan dengan tangga zig zag tu je.
'Hek eleh takde maknenya. Turun tangga pun malas. Sebab itu la gemok!' sahut angah sambil berjalan turun. Bilik kitaorang sebelah tangga je. Aku ingatkan ya. Kami bercakap kuat. Kami sembang adik beradik memang macam tu lah riuhnya. Bergema suara angah kat ruang tangga tu.

'Kita tengok sapa sampai dulu!' sambut aku, sambil berdiri depan pintu lif. Melihatkan nombor lif yang asal2nya laju naik ke atas,tiba2 berhenti pada nombor 6.

'Isk pakai tangga je laa!' kata aku pada firah. Lalu berlari kami turun tangga. Elok sampai hujung tangga, aku rasa macam ada banyak mata memandang. Sambil tangan aku nak pulas tombol pintu di belah kiri, aku toleh ke kanan. huahuahua. berlambak orang tua dari rombongan aku yang tengah tunggu lif tengok aku dan firah. Haha. Aku budget mesti diaorg tengah teka2 sapa la yang gemok tu. Haha. Muka terkedu memang tak leh cover ar. Tapi aku tau mesti depa tak syak aku, sebab aku pakai baju kurung + tudung labuh dengan muka macam tak de apa jadi. haha. kesian firah (boleh tak? yakin2 je aku assume macam tu.)

Lif
Kami sebilik 9 orang. Bilik air pulak satu. Dahsyat. Selalu sangat berikan laluan pada yang tua dulu, sudahnya selalu kami yang akan jalan lambat ke masjid. Hari tu ada dalam 10 minit kot nak masuk waktu. Mak angah aku firah tunggu lift. Selalu time nak dekat masuk waktu solat, memang lift sibuk betul. Tunggu punya tunggu. Lif sampai.


TING! Terbukak pintu. Ada la dalam 4 ke 3 orang wanita arab baya angah mungkin. Aku mak firah masuk. Diikuti seorang pakcik melayu. Elok angah nak masuk pulak. Iya iya je sorang minah arab ni dok geleng kepala dengan tangan dok cakap tak boleh dah penuh. Kononnya penuh. Tapi ada je ruang lagi. Kitaorg pun sekeping2 je. Minah tuh cakap tak boleh, tapi aku cakap pada angah 'masuk je muat lagi nii' kalau tak muat pun memang kene muatkan, bilal dah nak azan dah. Dah tuh bila angah masuk. Lagi laju mulut minah arab ni bercakap kata tak boleh masuk konon dah penuh (macam mana aku paham? misteri betul. Weh action speaks louder than words la. apa lah) bila angah masuk ngan muka terkulat2 sengih. Terus senget mulut minah tu. Pap! Pintu lif tutup. Sepi ruang lif buat seketika. Tiba-tiba


'We alll smalll smalll sizeee' suara mak aku, dalam nada ceria. Aku angah firah dah sengih. Boleh pulak mak cakap macam tu. Kalau masa tu minah tu nak luku mak aku pun boleh. Kitaorg ni pendek2. Aku ingat sampai situ je,

'You alll big big sizeee.' Haha mase ni aku tak boleh tahan. Bergegar bahu tahan gelak. Berani betul mak aku. Minah tu dah senget benget mulut, marah agaknya. Mak aku sebenarnya tengah gurau2 je. Ala2 nak cakap jangan risau, orang malaysia kecik2. Firah angah dah sengih panjang lebar dah, gigi memang tak leh nak sorok ar. Melihatkan diaorg senyap mak aku sambung lagi

'You? You understand?' tanya mak aku dengan senyum. Mak aku ni lurus orangnya. Takde niat lain.
'Naam' sambut kawan minah tu tadi. Makin besar senyum firah angah aku. Hahah depa paham! Mujur. Nasib depa tak luku2 kitaorg. Kalau tak mau jugak tu, ye la depa kan big big sizeee. Agaknye sebab ada pakcik dalam tu. Depa tahan je hasrat. Haha. Tapi kawan2 minah tu senyum je. Minah tu je yang cam kurang puas hati sikit.

Depa ni garang-garang nak tegur pun takut. Bukan takut,was was je karang tak pasal2 je kene lepuk ngan kasut. Kalau semayang kat masjidil haram kat bahagian lantai yang takde carpet(sebenarnya orang semayang kat situ bila tempat solat penuh) kat situ kalau nak tau kiblat arah mana, tengok pada tape biru yang dia lekat kat lantai. Tak ramai tahu sebenarnya apa motif benda alah tu duduk kat situ. Huh. Tak tegur kiblat depa. Rasa bersalah pulak. Dah tegur degil pulak, nak jugak semayang tegak. Sudahnya sujud berlaga kepala. Tapi mostnya paham la. Tapi kalau ko, ko semayang sila la tengok kat depan tu ada kaabah ke tak, tak payah tunggu tape biru tu. Oh bukan riak, haha aku pun sama je ngan depa tak perasan line biru tu awal. Tapi ayah aku kan superhero, dia bagitau awal2 dah sebelum anak2 dia buat benda mengarut. Haha. Kira besar pahala bapak aku, habis semua org kitaorg suruh ikut tape biru tu ayah.

Jadi semayang lain kali tengok2. Beria tonggang tonggeng, sekali bagi salam tahiyat akhir kedua, ha kau kaabah nun sebelah kiri kau.

Gamba dari atas ke bawah:
1. Haram Boundary(caliph kalau ko kata aku kembar kau, ha ni kembar ketiga kita!)
2.-3. Masjidil Haram
4.-6. Rooftop
7.-9. Masjidil Haram(cubaan jadi aisyah dalam ayat2 cinta. tapi tak jadi. sebab mata tak cun langsung.korang tak perlu bagitau.kami dah tau lama dah. tapi aku rasa lebih mirip petugas masjidil haram.)


Friday, June 26, 2009

Wida Rasulullah


Di Madinah
Kitaorg tinggal dalam 2 hari.
Khamis tiba, Sabtu pagi bertolak ke Mekah. Jadi tak lama di sana.



Pertama kali
Di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim pun, Raudah digambarkan sebagai tempat yang istimewa. "Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman surga dan mimbarku berada di atas telagaku."


Jumaat, 11 malam. Kami anak-beranak yang perempuan rancang ke raudah. Dah tak macam dulu. Sekarang depa dah buat jadual. Nak buat macam mana. Beribu yang nak pergi kan. Mak dan keluarganya dah pergi dulu. Aku angah firah dan sorang mak cik kitaorg tiba agak lewat. Kelam kabut berjalan terkejar-kejar masa. Kalau terlepas malam ni.

Mungkin dah takde peluang lain dah.

Kami berjalan laju, tak bercakap. Masing-masing dengan fikiran sendiri. Seram. Tak tahu. Apa dahsyat ke dugaan nanti? Boleh ke masuk? Ada peluang ke? Mampu ke dengan orang-orang Arab yang besar nih? (Besar. Jangan tak tahu. Sorang mak arab keluar saf, hah muat untuk aku dan angah). Huh. InsyaAllah.

Sejuk rasanya saluran pernafasan terkejar2 ke raudah. Dari tempat solat perempuan kami berjalan melalui lorong yang dibuat untuk jemaah muslimat pergi ke raudah merentasi kawasan lelaki solat.Jauh rasanya. Tumit dah rasa kejang dek berjalan atas lantai batu masjid. Tapi tak sempat nak fikir, bila tengok perempuan2 bangsa arab yang lain jalan laju jugak.

Kami tiba di tempat semua jemaah dikumpulkan sebelum kumpulan2 dari negara sekian2 disuruh masuk. Elok je sampai, 'Malazi.Malazi. Masuk ibu. Ibu ibu.'. Baru je nak tarik nafas nak pasang niat tahayatul masjid, tak jadi. Capai beg terus jalan.

Bulu roma aku meremang. Kau patut tengok macam mana perempuan2 ni berebut. Aku sangka orang Arab je yang suka mengasak2. Orang malaya pun sama! Segan pulak rasa, depan rasulullah macam tu pulak gayanya. Yang aku kagum tu. Makcik2 tau yang mengasak2 , menolak2 ni.

Kadang-kadang aku bingung. Mana satu patut aku pilih?
'Berasak dengan hebatnya sampai dapat dekat dengan makam nabi memandangkan aku lasak orangnya' atau 'Sabar sahaja, redha dengan ruang yang kau bakal terima, apa ini 'rezeki' atau 'rezeki' tu sebenarnya aku dapat sebab aku tak berusaha?'

Sebelum group Malaya dilepaskan ke raudhah. Ha kau, aku pakai perkataan 'dilepaskan' lagi. Nak menggambar kan macam mana petugas masjid kene kawal jemaah yang orang suruh duduk dia berdiri, orang kata duduk dulu dia dah jalan dulu dah bercampur dengan jemaah dari negara lain kat dalam raudah. Aku kata pada angah, 'nanti masuk tak payah nak asak2, sabar. Kalau dah tolak2 berebut2 tu bukan ibadat dah' serius muka kami masing2. Kalau ada orang yang betul2 kurang sabar aku rasa mau jugak semua jemaah jadi domino. Buk! duk! duk! duk! (imaginasi penulis bila seorang jemaah tolak yang lain semua jatuh bergeduk geduk). Alhamdulillah beriman lagi. Cuba bertenang walaupun sebenarnya tak tenang langsung!

Makcik2 ni, mungkin mereka rasa orang muda perlu berundur ke belakang untuk beri ruang kepada yang tua. Bukan bermaksud aku tak boleh nak beradab langsung. Boleh. Tapi kalau kau tarik2 bahu aku ke belakang, tolak2 aku macam nak tertumus. Oh. Lupa. Mungkin ini dugaan aku. Ada la tu salah aku kat mana2 kan(istighfar).

Lagi, kita kena selesaikan urusan kita sendiri dahulu. Kalau kamu ada telekung sehelai, lepas tu ada saudara kita yang lebih tua ni kot tertinggal ke dia punya telekung. Kamu kena solat dulu, selesaikan tanggungjawab diri dulu baru hulur untuk pinjamkan pada orang lain kemudian. Moral of the story, kita sama-sama nak ibadat, sama-sama la bersabar ya(tunjuk peace :D).

'Ibu ke depan. Ibu ibu jangan tolak. 'Bila jemaah dilepaskan. Aku tak boleh bayang macam mana nanti waktu musim haji. Aku nak buat solat sunat. Tapi apa yang mampu aku buat untuk beberapa minit terawal. Aku berdiri tegak sambil melihat keadaan yang agak tak terkawal. Tak mampu nak angkat takbir pun bila telekung kau tertarik dek orang yang berasak2 mahu ke hadapan. Sebelum disuruh keluar oleh petugas. Lekas-lekas aku berdiri betul lalu takbir.

Sedih aku rasa. Solat dalam keadaan macam tu. Aku tak salahkan sesiapa. Rezeki masing2 lain. Tapi. Walaupun dengan keadaan orang langkah kau ketika kau sujud. Orang langgar kepala kau waktu kau rukuk. Orang tertolak kau waktu berdiri. Kurang khusyuk. Tapi masih aku rasa dekat dengan rasulullah. Cukup dekat. Rasa macam dia masih hidup. Mohon ampun andai ada dosa yang memungkinkan rezeki aku sebesar ini dan berterima kasih juga, setidaknya aku diberi peluang masuk.

Pertama kali aku jejak raudah. Dulu aku tak berpeluang.



Aku sempat buat solat sekejap. Aku bangkit. Ramai lagi yang nak solat kan.

Keluar raudah. Banyak benda yang difikirkan. Kalau aku timbang tara dari mata kasar, ramai nya manusia yang banyak ilmu, yang lagi khusyuk solatnya, yang lagi tekun mengajinya. Haih. Banyak betul. 'Huh. Aku ni rangking ke berapa lah agaknya?'.


Paginya, selepas subuh kami ber wida.
Kami lupa. Lupa untuk bergamba. Bukan apa. Trip pertama seorang mak cik aku ke situ. Ala-ala nak kasi dia kenangan. Tapi masing2 dah berwida. Boleh je pegi dan wida sekali lagi. Tapi kata mak 'Macam main2 pulak. Dah dah. Usah. Tak payah'. Takde la kami pergi.

Lagi pulak dah beria-ria aku bagi ucapan selamat tinggal kat rasulullah. (sengih). Agak sayu keluar dari perkarangan masjid. Solat subuh.
Solat terakhir aku di situ.


Jumpa lagi ya rasulullah! InsyaAllah.

Gamba(credit to boss):
*Semua dalam kawasan masjid nabawi. Kalau nak pose kat keliling masjid mau beribu pose boleh. Tapi masjidkan? sudah2 la awak. Bawak bertenang.

Thursday, June 25, 2009

Madinah al-Munawwarah

Di Kota Nabi Muhammad



Dulu tahun 2003.
Waktu mula-mula aku sampai. Badan aku seram sejuk masuk MASJID NABAWI. Kali ni tahun 2009. Biasa. Macam aku dah biasa masuk pulak. Padahal bape tahun dah ni. Takut. Itu takut pertama aku pada Allah. Sebab aku macam tak rasa special pulak ada kat situ. Tapi takpe. Kalau tak special, apasal aku ada kat sini. Ha ada la tu!(ini ayat penyedap hati.). Duduk kat situ. Ringan je punggung buat macam-macam solat. Lama berteleku. Tiba-tiba aku nangis. Aku sedih aku tak nangis masa aku mula-mula masuk. Kiranya, aku berjaya nangis lah kat situ. Menangis di situ. Seolah-olah aku dah lepas kan 'keluhan berat' pada Dia. Ringan badan seketika.

Setiap kali waktu solat kitaorg berkejar-kejar ke masjid. Berkejar bukan sebab lambat. Kami bertolak awal setengah jam atau lebih awal lagi kadang-kadang tu. Takut tak dapat masuk saf. Setiap kali waktu solat aku rasa cemas. Kau tahu panik nya bila saf semua rapat. Dan kau berdiri kat lorong yang lapang antara 2 saf. Macam boleh mati rasanya, sebab cemas melampau yang melanda tatkala risau imam akan mengangkat takbir dalam beberapa saat je lagi. Kita masih tak jumpa lubang kita nak semayang dalam saf.


Ni masa aku terbatal wudhuk nak solat maghrib. Aku lambat masuk masjid. Ya ampun panic room betul! Walhal nak ikutkan kalau kau tak jumpa tempat pegi la ke belakang kan. Koman-koman kat pintu masuk ada ruang nak semayang. Ha sanggup tu kat pintu masuk. Tapi masalahnya kalau dah semua saf rapat. Macam mana kau nak rentas dari saf ke saf.

First solat aku kat situ. Aku berhimpit ni kes tak jumpa lubang dalam saf la ni. Aku doa. 'Ya Allah moga kau berikan lah aku ruang untuk solat ya Allah'. Second solat aku. Aku duduk saf depan-depan. hambik ko. Aku semayang saf ke-4. Aku manusia yang berdiri tengah-tengah. Kanan aku. Dalam 2 meter lebih kosong terputus ngan orang belah kanan aku. Ha besar betul ruang. Aku tak tau la apa hukumnya.

Ada orang yang tak berebutkan saf depan. Tapi wanita-wanita di luar sana. tahu tak salah satu panduan utk lelaki cari isteri? 'carilah kamu wanita dari saf yang hadapan2'.

Alhamdulillah la kat madinah. Ok. Kata salah seorang ustaz, time kitaorg kat madinah tu time paling panas sekali. Mau taknya. Muka ustaz yang sawo matang tu pun, merah padam masuk hotel lepas tolong cari ahli rombongan yang sesat. Orang yang kulit putih apa lagi. Merah lebam. Hehe. Tak ar. Merah-merah gitu jugak.

Panas dia macam kau duduk sebelah periuk yang air dah mendidih sangat dah. Huih. Bibir kering usah kata. Kitaorg ni keluar masuk masjid meneguk air zam zam je. Alhamdulillah tak pecah bibir. Aku yang pakai bracess ni pun, kat malaya selalu je 4-7 ketul ulser. Sini terima kasih tuhan, mudah nak ibadat.

Benda yang kau kena buat masa sampai madinah. Jumpa rasulullah. Tak la secara live. Pegi makam baginda dan sapa. Dah datang tempat dia kan. Haha. Aku nak gelak betul la. Jemaah lain dah siap sapa rasulullah,saidina abu bakar, umar. Time nak bersurai aku baru sedar aku tak sapa Umar . Ya ampunnn. Kecik hati dia.

Ayah: Bagi le salam sekarang(nada cool seperti sudah biasa handle anak-anak dia clumsy)
Aku: Ha orang baru je bagi(ni dah on the way nak keluar kawasan masjid ni gi shop shop)




Tempat Lawatan.
Macam biasa(macam la selalu,hehe.amin moga dapat lagi pegi),ladang kurma,masjid quba,masjid kiblatain,bukit uhud. Sakan kami bergamba. Kata aku pada angah, 'Segan weh karang ustad nampak. Dah ar selalu lambat'. Kehkeh. Kami gelak.


Dalam semua orang. Aku boleh kata family aku selalu paling lambat sampai ke bas. Bukan apa. Kitaorg bawak banyak orang tua(celeh salah deme jugak ek). Sampai ustad tu pun senang nak check. Nampak keluarga abang zainuddin masuk bas. Pap. Tutup pintu bas. Yakin-yakin je dia dah tak de orang tertinggal. Dari malaya kami berimamkan ustad wan. Sampai madinah tau-tau ada lagi 2 ustad. Aku tak kenal. Aku kenal lepas aku kene pegi tempat lawatan dengan bas ustad lain. Tapi kau tau esok-esok kat akhirat penting jugak kau tau nama-nama orang berilmu ni? Jadi aku tahu nama je la dulu. Suai padankan nama dengan orang-orang disyaki kemudian.


Bas kedua.
Tiap-tiap kali nak bergerak dah ke tempat lain. Ustad ni lah dengan selamba dia.
'Dah cukup semua orang? Cukup lah tu saya rasa. Kalau ada yang tertinggal tu. Pandai-pandai la deme balik. '
Waktu ni bas dah bergerak. Kau gerun tak kalau kau manusia yang tertinggal bas tu?


Nak bergamba pun.semua skema nya style. Firah yang da biasa posing gamba ala frenster.
'Nyampah tul semua gamba skema'
Nak buat camana dik. takkan kau nak berpeace2, mulut juih2 ala gamba frenster. Cukuplah. pakai baju kurung dengan sport shoes pun ustad dah tengok pelik. Tapi kami, ibadat tetap ibadat ustad.


Masjid Quba>Bukit Uhud> Ladang Kurma>Pasar Tamar
Jemaah diberitahu , ada dalam 20 minit la kot untuk round2. Kat Masjid Quba lambat sikit la. Tapi masa ni ustad tak bagitahu pulak bape lama boleh kat situ. Dalam 30 minit la kat situ. Dah tu pegi bukit uhud. Dia mention dalam 25 minit kot. Ya snap sana snap sini. punya kelam kabut ko tau. Mana tak nya. Pose sebelum panjat bukit, pose kat kaki bukit, pose kat dekat2 puncak. Kalut betul. Tak nak ar nama kene blacklist kan asyik lambatt je. Tapi lambat jugak ar. Sebelum nak ke ladang kurma, ada bape ketul lagi yang tak sampai lagi. Maka ustad berkata-kata 'saya bagi 25 minit jadi 40 minit jugak ye. Ha nanti kat ladang kurma dlm 20+ minit.' bukan apa. Kitaorg tak cukup masa.

Hari tu hari jumaat. Nak kejar semayang jumaat. Zohor dalam kul 12+ koman-koman kau kene ada kat sana pukul 11 kalau tak kau jemaah bawah sunshine laa. Kat sana banyak orang berebut nak masuk syurga bukan cam kat malaya ni. Hari jumaat pukul 1.30 kau jumpa lagi lelaki tengah main bowling kat midvalley. Tepuk dada tanya selera la.*aku tak silap pilih peribahasa. memang bertujuan untuk suruh berfikir.

Dah pegi ladang kurma. Still 40 minit jemaah ambik masa. 'Nak buat camana ustad. Bukan nya boleh datang sini selaluu'. Lepas tu nak gi pasar tamar dia kasi 1 jam. Katanya biasalah orang nak membeli-beli. Family aku kelam kabut sikit. Bukan bukan. Kami family berwaspada. Kalut je 'Cepat2 karang lambat. Ustad marah. Cepat2'. Ustad tu tak penah marah pun. Hoho kami kan suka exaggerate. Sampai kat bas. 'Ustad tak de lagi' kami sengih. Dah duduk agak beberapa minit 'Mana ustad nii.'

Cewah dah sampai awal nak kecoh plak kan (angkat kening).

Gamba dari atas ke bawah:
1. Madinah(on the way to Masjid Nabawi)
2. Masjid Nabawi
3. Ladang Kurma
4. Masjid Quba
5. Bukit Uhud
6. Bukit Uhud(Belakang tu bukit kat mana pemanah stand by)
7. Bukit Uhud (Ha itu dia bukit kat mana pemanah2 yang melanggar perintah nabi stand by)
8. Bukit Uhud(Yang belah kiri tu lah the real bukit uhud.Besar sebenarnya )
9. Ladang Kurma
10. Pasar Tamar
11. Ladang Kurma(kata ustad beli sweets dia je. kalau kurma mahal.tunggu pasar tamar je)
12. Pasar Tamar

Tuesday, June 23, 2009

Tetamu Allah

Ucapan Penghargaan
First of all, terima kasih Allah sebab jemput aku. Kata orang setiap tetamu Engkau adalah istimewa. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima aku lagi ya Allah.TERIMA KASIH!


Petiais Hilang
Aku pergi buat umrah.
rasa tak nak balik pulak. Duduk sana buat ibadat je. Balik malaya, kene fikir balik urusan dunia. Haihh(mengeluh). Aku tahu mengeluh tak baik, tapi kata kakak aku yang bakal doktor itu, 'Kak de tak mengeluh, Kakde tengah besarkan lung je'

Tapi bila aku fikir balik.
'Pergi pun pakai duit ayah. Ada hati nak duduk sana. Bertuah la kau.'


Manusia Merancang Tuhan Menentukan.

Plan Awal
Sebenarnya ni rombongan mak aku adik beradik bersaudara. Aku pun tak tahu. Allah yang buat jalan cerita ni. Dari angah yang kata 'Mana boleh angah pun nak pegi jugak!' lalu bersangkut pada adik bongsu aku pulak'eii firah pun nak ikut, firah spm tahun ni' entah apa sangkut pautnya umrah dan SPM. Kalau tak belajar, pegi umrah je taraguna la dey. Lalu bersangkut pada aku yang entah aku pun tak tahu mana puncanya, angah suruh aku bodek mak. Aku tak reti bodek, pau duit mak sendiri apa tah lagi. Aku tak berapa nak pau sebab aku tak nampak kepentingan aku kena pergi. Jahilnya aku. Tapi jauh dalam hati. Aku takut sebenarnya. Tu la da buat dosa reti pulak takut. Aku dalam dilema sebenarnya antara urusan dunia dan akhirat. Aku tersepit. Kalau aku pergi umrah. Banyak urusan yang akan tertangguh. MEMANG BANYAK URUSAN AKU. Tapi kalau aku pergi, sekurang2 nya mati esok ada bekalan spare. Lama jugak aku fikir. Kalau ada masalah ngan urusan tertangguh tu. Esok2 aku boleh mintak tolong Dia.


Kalau orang tanya pendapat aku, aku suka jawab.
'Nanti bagi orang fikir', jujurnya aku tak pernah fikir pun(sengih). Sebab tak tahu nak decide jadi aku tak fikir. Aku cuma tunggu Allah bagi jalan. Ok aku bukan malas usaha nak fikir, cuma aku mintak panduan dari Dia.

Di samping angah mengarahkan aku men hint2 mak untuk bagi aku ikut. Angah tak lupa juga mengundang boss. Kata boss. Kalau ayahanda ikut. Dia ikut. Tapi jauh di sudut hati dia teringin nak ikut, dengan harapan tinggi. Boss harap ayahanda ikut. Lalu aku pun. 'Ok lah. kalau boss ikut tun ikut'. HAH. Habis kau. Dari trip adik beradik mak aku. Ha family aku pulak macam nak conquer trip umrah ni. Di samping itu, rancangan yang sebenar-benarnya sepatut terjadi tahun 2009. Kami sekeluarga nak buat haji. Tapi tahun ni ikutkan ada la sorang je yang free dari tanggungjawab dunia untuk tunaikan haji. Maka sebab itu, mak meluluskan anak-anaknya pergi. Dengan duit sapa? Haa apa lagi. Duit haji masing-masing laa A.K.A duit ayah tabungkan untuk anak-anak dia plus beberapa bahagian kecil yang tak seberapa dari duit kami masing-masing sendiri dalam tabung haji. Habis la aku. Duit haji aku dah terkurang.

Kata ayahanda, dia tak ikut. Katanya takut kalau time cuti nanti, anak-anak balik. Takde orang tunggu kat rumah. Jadi apa lagi. Aku pun terus kata nak ikut. Takde lah lagi alasan untuk ayahanda tunggu di rumah. Tapi sayangnya kakde dan alang(mereka doctor+bakal doctor) tak ada masa. Menitis jugak air mata, sebab tak semua pergi. Rahsianya? Biarlah aku je yang tahu.
Maka pergi lah kami anak beranak (mak ayahanda angah bos aku firah+ opah+ 2 pakcik+4 makcik)


Pahala Besar
Pernah dengar orang kata? Bawak orang tua besar pahala nya. Ya dugaan pun besar. Besar sangat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nampak mudah. Tapi untuk orang muda yang selalu fikirkan diri sendiri macam aku. Berat betul! Ye la. Selalu pun sebelumnya dah biasa takde tanggungjawab. Tapi syukur la aku dan adik beradik ni dididik untuk prihatin. Ya makcik2 aku bertuah(ya ampun.rendah hati la sikit. tun oi) dapat kami.

Tapi apa-apa pun. Memang mencabar. Sabar sebenarnya tak ada had. Kita je yang kedekut nak sabar 'sabar saya ada hadnya!'. Aku banyak bersabar. Ye lah. Tuhan nak duga kan. Selalu kene hempap je. Terkena jugak hasutan syaitan. Tapi alhamdulillah. Dalam aku termakan hasutan tu pun. Koman-koman nangis berjemaah dengan angah dan Firah. 'Ya ya rapatkan saf!.wuaawuaa'. Tisu habis. Stokin jadi pengelap air mata. Hahaha. Stokin bersih ok! Angah ambik belah kanan. Aku ambik belah kiri. Haha. Kakde ke alang ke along ke yang baca ni kome bayangkan je laa. Lap hingus pakai stokin aurat(stokin colour brown tu.)


Orang-orang tua ni bukan apa, ok tu ok. Cuma tuhan nak duga kami yang muda belia ni kan. Kadang-kadang sampai satu tahap. Kitaorg rasa kitaorg dah layan makcik-makcik kami ni macam sekumpulan budak-budak. Haha. Diaorg memang comel. Diaorg masing-masing datang takde mahram. Harapkan mahram 2 orang pakcik aku .

Gamba dari atas ke bawah:
1. Masjidil Haram
2. satu perhentian sebelum sampai Mekah
3. Bukit Uhud
4. Ladang unta-Hudaibiyah
5. Mekah
6. Jabal Rahmah
7. Bukit Tsur